Rabu, 12 Oktober 2011

Rendang Ayam Manilla

Rendang Ayam Manilla Resipi My Mom




















Hari ni nak masak resipi from my mom...yg sungguh lazat...napa tak... belum makan pun dah sedap dik kerana resipi ni mengunakan butter utk mengantikan minyak masak...tu yg harum satu rumah..hihihi. Jom u all kita cuba resipi ni....




Bahan-bahan
1/2 ayam di goreng - ayam sekor tu bahagi 2 n potong kecik
2 biji Bawang besar*
3 Ulas Bawang putih*
1 inci Halia*
10 Tangkai Cili kering*
1 Batang Serai diketuk
3 Helai Daun limau purut -di hiris
1 Biji Limau nipis-ambil jus shj
3 sudu besar Butter/Majerin -ganti minyak masak
300ml air
250ml santan-kara
Garam
Gula



Cara-cara
1. Masukkan butter kedlm kuali
2. Bahan yg bertanda * perlu dibland.
3. Tumis bhn tadi bersama serai..n perlu tumis hingga pecah minyak
3. Sesudah pecah minyak masukkan air, santan dan ayam yg dah di goreng separuh masak.
4. Biarkan ia mendidih n napak dah kering cikit masukkan daun limau n garam gula n sesuai kan ikut cita rasa u all...resipi ni rasa sweet n sour gitu...
5. Siap utk di mkn...boleh dimkn ngan lemang ,roti, ketupat n nasi

SELAMAT MENCUBA...

Selasa, 11 Oktober 2011

~~My Hobby My Bisnes~~

Ni lah dia sebahagian apam polkadot yg ada utk tontonan u all...harap u all happy ngan my apam plokadot ni hihihi...


Order dr Mya Amany Heaven

Puding Trifle


Ni lah dia Puding Trifle


















Bahan-Bahan

1 tin susu cair 1 sudu besar gula
4 susdu besar tepung kastard
1 mangkuk air (utk dicampurkan dgn tpg kastard)
1/2 biji kek gulung (saya guna kek span)
1 tin buah-buahan campur (asingkan air dan buah)
1 peket agar-agar jeli kristal Nona(saya guan puding Nona)
1 mangkuk air panas


Cara-cara

1. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.

2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.

3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.

4. Masukkan buah-buahan tin hingga habis.

5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.

6. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.

7. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA.....



Ni lak Puding Trifle yg dah kena potong....yummmii sgt2...

Resipi Mini Roti John

Siap Roti John made by Khai Reza.....


Bahan-bahan


Bahan A(inti)
1 Bungkus Daging/Ayam Buger (saya guna brand Ramly)
2 Biji Bawang Besar-bland
3-4 ulas Bawang Putih-bland
1 Inci Halia-bland
1 Batang Kulit Kayu Manis
2 pcs Bunga Lawang
3 sudu besar rempah kari daging (bancuh ngan air)
Garam
1 Cawan Air

Bahan B
5 biji telur
sos cili
mayonis
kobis
carrot
majerin


Cara2 Masak (inti)

1. Daging dipotong kecil2
2. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau
3. Masukan rempah kari tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan daging dan air tumis hingga daging empuk.
5. Tumis dlm 10 minit dan sampai kering..

Cara2 Masak Mini Roti john

1. Pukul telur dan inti dalam mangkuk hingga sebati
2. Panas kan kuali non stick n masukkan adunan telur tadi.
3. Letakkan roti yg sudah disapu ngan majerin dan masak hingga telur masak.
4. Setelah masak bolehlah di sapu ngan mayonis , sos cili dan kobis serta carrot
5. Siap utk di makan

SELAMAT MENCUBA

Roti John utk kakak n Family....


Roti di letak atas telur
Ni lah dia roti john yg sudah masak diterbalikkan

Resipi ikan sambal step by step



Bahan2
3-4 Ekor ikan goreng (saya guna ikan cencaru, ikan apa-2 pun boleh)
10 tangkai cili kering - gunting buang biji n rendam air panas
2 biji bawang besar
1 inci belacan
1/2 mangkuk air asam jawa
700ml air
1 sudu kecil garam
6 sudu kecil gula
Cara2 masak
1. Cili yg dah di buang biji dibasuh..
2. Bland cili, bawang besar dan belacan
3. Panaskan minyak di kuali
4. Masukkan bhn yg dibland kedlm kuali yg sudah panas..
5. Tumis hingga pecah minyak (mesti pecah minyak k...supaya x sakit perut)
6. Sesudah pecah minyak masuk air asam jawa bersama air dan ikan goreng
7. Akhir sekali masukan garam gula n sesuaikan ikut rasa ok...
Selamat Mencuba



Ni lah bahan2 yg perlu di bland...

Bahan2 yg siap di bland



Siap bland masuk dlm kuali ye...ni rupa gambar
sambal belum pecah minyak k..
Ni lak gambar sambal yg sudah pecah minyak
harap dapat m'bantu anda ok....
SEKIAN.....