![]() |
| Rendang Ayam Manilla Resipi My Mom |
Hari ni nak masak resipi from my mom...yg sungguh lazat...napa tak... belum makan pun dah sedap dik kerana resipi ni mengunakan butter utk mengantikan minyak masak...tu yg harum satu rumah..hihihi. Jom u all kita cuba resipi ni....
Bahan-bahan
1/2 ayam di goreng - ayam sekor tu bahagi 2 n potong kecik
2 biji Bawang besar*
3 Ulas Bawang putih*
1 inci Halia*
10 Tangkai Cili kering*
1 Batang Serai diketuk
3 Helai Daun limau purut -di hiris
1 Biji Limau nipis-ambil jus shj
3 sudu besar Butter/Majerin -ganti minyak masak
300ml air
250ml santan-kara
Garam
Gula
Cara-cara
1. Masukkan butter kedlm kuali
2. Bahan yg bertanda * perlu dibland.
3. Tumis bhn tadi bersama serai..n perlu tumis hingga pecah minyak
3. Sesudah pecah minyak masukkan air, santan dan ayam yg dah di goreng separuh masak.
4. Biarkan ia mendidih n napak dah kering cikit masukkan daun limau n garam gula n sesuai kan ikut cita rasa u all...resipi ni rasa sweet n sour gitu...
5. Siap utk di mkn...boleh dimkn ngan lemang ,roti, ketupat n nasi
SELAMAT MENCUBA...


















